http://utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130605/je_05/Pendaki-KRISputra-maut
Dalam status FB itu juga mereka memberitahu pada pendakian masuk hari kelima itu mereka dalam perjalanan ke Gorakshep pada ketinggian 5,550m yang mengambil masa lapan jam perjalanan.
Everest cabut nyawa
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Siti A’syah Sukaimi
Putrajaya: “Sama-sama kita doakan kesihatan dan keselamatan peserta XPDC.” Demikian status Facebook (FB) terakhir pasukan pendaki Perbadanan Putrajaya (PPj) yang dikemas kini Sabtu lalu dalam Ekspedisi Kem Induk Everest (EBC) dan Kala Patthar di Banjaran Himalaya, Nepal bermula 27 Mei lalu.
Bagaimanapun, seorang daripada pendaki, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, meninggal dunia kelmarin dipercayai akibat penyakit akut gunung (Acute Mountain Sickness).
Melalui status FB PPj yang memuat naik gambar pemandangan sepanjang ekspedisi itu, peserta juga memberitahu mereka perlu berehat secukupnya sebelum ke Gunung Kala Patthar dan EBC.
“Santapan mata yang pasti memukau kerana puncak gunung tertinggi di dunia berada di depan mata,” katanya.
“Santapan mata yang pasti memukau kerana puncak gunung tertinggi di dunia berada di depan mata,” katanya.
Dalam status FB itu juga mereka memberitahu pada pendakian masuk hari kelima itu mereka dalam perjalanan ke Gorakshep pada ketinggian 5,550m yang mengambil masa lapan jam perjalanan.
‘Saya sempat jumpa mereka, kongsi cerita’
Putrajaya: “Saya sempat bertemu kumpulan berkenaan di Kathmandu, Nepal serta berkongsi panduan dan maklumat berkenaan pendakian kepada mereka,” kata jurulatih Everest FELDA 2013 Zainudin Lot yang turut bertemu kumpulan Ekspedisi Pendakian Kem Induk Everest dan Kala Patthar terdiri daripada kakitangan Perbadanan Putrajaya (PPj) pada 27 Mei lalu.
Menurutnya, dia juga sempat berkongsi cerita dengan kumpulan ekspedisi berkenaan mengenai keadaan cuaca sepanjang perjalanan ke Kem Induk Everest (EBC). “Kami berkongsi cerita mengenai tips pendakian selain menasihatkan mereka supaya jangan terlalu risau, lakukan pendakian dengan tenang dan jangan kelam-kabut. “Selain itu, saya turut memberitahu mereka mengenai keadaan cuaca tidak berapa elok kerana hujan, berkabus, berawan dan berangin yang turut menjadi cabaran sepanjang pendakian,” katanya ketika dihubungi semalam. Disebabkan itu, Zainudin terkejut selepas mendengar berita mengenai seorang daripada peserta pendakian itu yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat penyakit akut gunung atau Acute Mountain Sickness (AMS).
No comments:
Post a Comment