Subang: Malindo Air (Malindo) dijangka menerima tiga hingga lima pesawat Boeing 787 menjelang 2015 bagi penerbangan enam jam iaitu antara sasaran laluannya ke utara India, utara Australia dan Timur Tengah.
Penerimaan pesawat itu sekali gus memperkukuhkan rancangan perniagaan untuk beralih ke fasa kedua dan ketiga iaitu memfokuskan kepada perjalanan penerbangan lima jam dan ke atas ke luar negara.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama berkata, pihaknya setakat ini melepasi fasa pertama apabila memberi penekanan kepada penerbangan domestik dan dijangka dapat menawarkan perkhidmatan keseluruhan Malaysia menjelang akhir tahun ini.
Beliau berkata, dengan pelaksanaan ketiga-tiga fasa perniagaan itu ia dijangka dapat mencapai sasaran menjadikan Malaysia sebagai hab transit di Asia Tenggara berbanding Singapura dan Thailand ketika ini.
Beliau berkata, dengan pelaksanaan ketiga-tiga fasa perniagaan itu ia dijangka dapat mencapai sasaran menjadikan Malaysia sebagai hab transit di Asia Tenggara berbanding Singapura dan Thailand ketika ini.
“Jika melihat kepada kemudahan penerbangan di Malaysia, kita mempunyai lapangan terbang terbaik dan ini boleh menjadikannya sebagai hab destinasi transit bagi negara jiran yang lain sekali gus memberi peluang kepada pemain industri.
“Dengan pelaksanaan strategi penerbangan secara berperingkat kami dapat memperkukuhkan kedudukan Malindo di pasaran Malaysia dan antarabangsa berbanding melaksanakannya secara tergesa-gesa bagi menerokai laluan baru,” katanya pada majlis perasmian pejabat penjualan tiket Malindo pertama di Terminal Skypark, Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah di sini, semalam.
Hadir sama, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Operasi Malaysia Airport Holdings Bhd Datuk Azmi Murad yang turut merasmikan pejabat tiket penerbangan Malindo yang beroperasi dari jam lima pagi hingga 10 malam setiap hari.
No comments:
Post a Comment