Kathmandu: Seorang pendaki veteran dari Mexico disahkan sebagai orang pertama mendaki Everest dari dua sisi berbeza gunung itu pada musim yang sama.
David Liano Gonzalez, 33, tiba di puncak Everest dari bahagian selatan pada 11 Mei lalu dan beberapa hari kemudian, memulakan pendakian kedua - dan berjaya - dari arah utara. Gonzalez yang mendakwa sudah lima kami tiba di puncak Everest itu menerima sijil pengiktirafan daripada pegawai Rekod Dunia Guinness dalam satu majlis di ibu negara Nepal, semalam. Menurut Gonzalez, dia sangat gembira dengan catatan rekod dunia itu.
Pengesahan berkenaan dibuat sehari selepas ulang tahun ke-60 pendakian pertama manusia ke gunung tertinggi di dunia itu dan memberi penghormatan kepada pendaki legenda, Edmund Hillary dan Tenzing Norgay.
Kira-kira 3,500 pendaki tiba ke puncak Everest sejak kali pertama ia ditakluk pada 1953.
Aktiviti itu juga menjadi industri yang menguntungkan kepada Nepal.
Sementara itu, pengasas Asian Trekking, Ang Tshering Sherpa berkata, Gonzalez tiba di puncak Everest dari Nepal (bahagian selatan) pada 11 Mei.
“Gonzalez kemudian tiba sekali lagi di situ pada 19 Mei dari arah Tibet (bahagian utara), menjadikan dia pendaki pertama melakukan pendakian berulang pada musim sama,” katanya. Gonzalez pula berkata, selepas berjaya dalam misi pertama, dia turun dan terbang ke Kathmandu sebelum pergi ke Tibet untuk pendakian kedua. Ada sekurang-kurangnya empat laluan ke puncak Everest tetapi kebanyakan pendaki melalui Rabung Tenggara di Nepal dan Rabung Timur Laut di Tibet. - AFP
@davidliano tetiba kecur wa nak famous gak @asiantrekking :P
No comments:
Post a Comment