@mal_israel: Patutnya eagle xpress & berjaya air pun join sekali... Bionas airways gak + etcs, kan @tonyfernandes? Barulah > meriah! http://t.co/cm6XKIh4
SEMUA syarikat penerbangan di negara ini perlu berupaya berdepan cabaran apabila dasar langit terbuka Asean dilaksanakan pada 2015 dan justeru itu kerjasama antara AirAsia, AirAsia X dan Malaysia Airlines Systems (MAS) adalah penting.
Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, jika syarikat penerbangan tidak mengukuhkan kedudukan sekarang, menerusi apa juga cara, pasti akan ada masalah. “Itulah sebabnya mengapa AirAsia dan AirAsia X bersedia untuk terus melihat kemungkinan kerjasama dengan MAS serta tidak ada kena mengena dengan pertukaran saham kerana ia mengenai pengurangan kos agar kami boleh melepaskan kecekapan kepada pengguna. “Kami sudah bersetuju pada peringkat lembaga untuk memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi meneruskan kerjasama ini selagi ia tidak melanggar sebarang undang-undang antiamanah di seluruh dunia dan membawa manfaat kepada kami,” katanya katanya pada sidang media selepas sambutan ulang tahun ke-41 Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) di Kuala Lumpur, semalam. - Bernama
RE of SA: Level 4 Wisma Chinese Chamber, 258 Jalan Ampang, 50450 KL Telephone: 03 - 4257 9433
mazidulakmal@yahoo.com 019-244 5354 & lppm.abdulaziz@gmail.com 010-235 8785 jika ditipu ejen travel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment