BEIJING: Sekurang-kurangnya 17 orang maut dan lebih 150 cedera apabila hujan batu melanda wilayah Guangdong di selatan China, semalam.
Stesen televisyen tempatan melaporkan, ribut itu berlaku di beberapa bandar, termasuk Guangzhou, Foshan, Dongguan dan Zhongshan, menyebabkan kerugian kira-kira RM25.4 juta.
Hampir 22 juta orang terjejas dengan bencana alam itu.
Dianggarkan lebih 50 mililiter hujan turun di wilayah berkenaan.
Kerajaan wilayah Guangdong menghantar pasukan bantuan ke bandar terjejas untuk menguruskan semua mangsa. - AFP
No comments:
Post a Comment