MASKargo Sdn Bhd (MASKargo) bersetuju mengurus dan memasarkan kargo dalam penerbangan dilakukan Firefly Sdn Bhd (Firefly) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang ke Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini.
Pengarah Urusannya, Shahari Sulaiman berkata, perjanjian ditandatangani antara kedua-dua syarikat itu dijangka mampu memberi manfaat dalam jangka masa panjang.
“Penerbangan tambahan dilakukan Firefly membolehkan kami melakukan lebih banyak penghantaran seterusnya memberikan perkhidmatan lebih baik di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Menurutnya, sebagai permulaan, Firefly melakukan dua penerbangan setiap hari ke Kota Kinabalu dan Kuching, namun menambah kepada tiga penerbangan ke Kota Kinabalu dan empat penerbangan ke Kuching setiap hari.
No comments:
Post a Comment