JAKARTA: Syarikat penerbangan tambang murah Indonesia, Mandala Airlines semalam menggantung operasinya sementara ia berusaha menyusun semula hutang dan mendapatkan sokongan strategik.
Pengarahnya, Diono Nurjadin berkata, permohonan menyusun semula hutang akan dikemukakan kepada Mahkamah perdagangan dalam usaha memastikan syarikat itu terus wujud. Menurutnya, sejak beberapa bulan lalu, Mandala Airlines mengalami kerugian komersial dan keadaan ketika ini memerlukannya menyusun semula syarikat bagi membuka pintu kepada penyertaan pelabur baru.
“Operasi syarikat dihentikan untuk sementara waktu untuk membolehkan kami memberi tumpuan kepada penyusunan semula hutang dan mempelawa beberapa pelabur berpotensi,” katanya kepada wartawan.
Ia bagaimanapun tidak mendedahkan butir hutang atau pemiutangnya. - AFP
No comments:
Post a Comment