TNB mahu bina loji di Yaman
TENAGA Nasional Bhd (TNB) merancang meneroka peluang perniagaan membabitkan industri tenaga di Yaman yang mempunyai potensi besar untuk dibangunkan berikutan hanya 40 peratus masyarakatnya mempunyai capaian kepada bekalan elektrik.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, ketika ini TNB sedang mengenal pasti kemungkinan membangunkan loji tenaga di negara Timur Tengah itu.
“Melalui lawatan dan perbincangan dengan rakan kongsi berpotensi di negara itu, TNB mengenal pasti beberapa bidang yang boleh kami teroka,” katanya pada sidang media selepas menandatangani surat persefahaman (LoU) antara TNB dan National Trading Company (Natco) Yemen di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dan Pengarah Hayel Saeed Anam (HSA) Group, syarikat induk Natco, Fouad Hayel Saeed.
Mengulas lanjut, Che Khalib berkata, baru-baru TNB ini memperoleh projek penyelenggaraan loji tenaga di Yaman bernilai AS$24,000 (RM75,600).
“Kami bercadang membekalkan ‘transformer’ ke negara berkenaan. Kami sudah mengemukakan sebut harga dan sedang merundingkan mengenainya,” katanya.
Wednesday, December 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment