Saudi beralih arah ambil amah Kemboja, Mali
2010/10/01
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JEDDAH: Arab Saudi mungkin mengambil pembantu rumah dari Kemboja, Mali dan Ivory Coast bagi mengurangkan tenaga kerja dari Indonesia dan Sri Lanka.
“Pejabat pengambilan buruh di Indonesia dan Sri Lanka tidak mematuhi kebanyakan persetujuan yang ditanda tangani. “Aduan mengenai pembantu rumah dari kedua-dua negara itu semakin meningkat,” kata anggota Jawatankuasa Kebangsaan Saudi yang mengambil tenaga buruh asing (SNCRFM), Yahya Maqboul.
Yahya yang juga pengerusi jawatankuasa pengambilan buruh di Dewan Perdagangan dan Industri Jeddah berkata, wakil delegasi SNCRFM berkunjung ke Mali untuk mencari tenaga buruh, baru-baru ini.
Menurutnya, kos pengambilan buruh dari Mali dan Ivory Coast mungkin lebih tinggi berbanding buruh dari Indonesia dan Sri Lanka, namun mereka dijangka lebih mudah menyesuaikan diri dengan budaya dan amalan hidup warga Saudi. - Agensi
Thursday, September 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment