Bekas ketua penjara Khmer Rouge dihukum penjara 30 tahun
2010/07/26
PHNOM PENH: Mahkamah jenayah perang yang mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas bekas ketua penjara Khmer Rouge atas pembabitannya dalam “Lapangan Pembunuhan” kejam lewat 1970-an.
Kaing Guek Eav, yang dikenali sebagai Duch, adalah kader Khmer Rouge pertama dikenakan hukuman oleh tribunal antarabangsa, selepas berperanan menyebabkan kematian sehingga satu juta rakyat negara itu akibat kelaparan, lebihan kerja berat dan dibunuh di tangan rejim terbabit.
Bekas guru matematik yang berusia 67 tahun itu pada awalnya dikenakan hukuman penjara 35 tahun, tetapi mahkamah mengurangkan tempoh penjaranya selepas usul dia sudah ditahan secara haram lebih setahun sebelum tribunal itu ditubuhkan dikemukakan. - AFP
RE of SA: Level 4 Wisma Chinese Chamber, 258 Jalan Ampang, 50450 KL Telephone: 03 - 4257 9433
mazidulakmal@yahoo.com 019-244 5354 & lppm.abdulaziz@gmail.com 010-235 8785 jika ditipu ejen travel
Monday, July 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment