Rahsia camner aku dapat naik free maiden flight (dulu), media fam trip (kini) & etcs (selamanya) dengan RN :)
Dah macam bunyi SLOGAN umno lak, kan. Lol
Ini kronologinya:
1. Aku ushar fb rn
2. Tolong jawabkan soalan yang diajukan BAKAL penumpang kepada RN
3. RN dah mula nak terbang DAN bagi tiket free kat sesiapa yang tampal stiker RN kat kereta
4. Aku dah mula terfikir nak tipu. Konon ada tampal dulu. Tapi bila fikir terkantoi, masak.
5. So aku dah pm fb RN pasal fam trip. Tapi mereka tak balas
6. Mujur aku teringat pasal cik bella no hp kepada yang tampal stiker
7. Aku pun mula sms
8. Mujur dia balas tapi guna no hp lain
9. Dia tanya pasal Q aku
10. Then dia minta en rahman handle Kami
11. Aku pun panggil SEMUA blogger media fam trip 2013 ke kuching agar join maiden flight ke kb dari kl.
12. Mula2 kena bayar rm60 / pax return.
13. Tapi bila aku nego. Last free betul
14. Then beberapa blogger hantar detail kepada en. Rahman
15. En rahman (base kb) cakap dia dah hantar email kepada hq tok kelulusan
16. Aku lak memang dah ada kat klia2 malam sebelum RN fly paginya
17. So tetiba pagi tersebut, aku teruja nak tengok kaunter cek in RN di klia2
18. Aku nampak ada minah dok ambik gambar RN. so aku tanya kot2 blogger. Rupa2nya Chinese media
19. Then aku terperasan ada 1 minah cun macam dia handle staf. Aku pun apa lagi, terus terjah. Thx God, assistant MD, puan linda. Lawa, seh. Mujur bini orang, bai. Jika tak wa gi ngorat sekali. Kekeke. Mana tau tong sabut. Bini dapat. Free fly tiap2 tahun pun. Haha
20. Ok, sambung balik kepada cerita asal. Oh, bukan main suka ko orang bila cerita bab TERSUKA TANPA SENGAJA nih, yer. Huhu.
21. So aku pun ceritalah kat pn Linda nih pasal Kami blogger misi yang lom lulus
22. So dia terus tanya, nak join maiden flight LGK tak?
23. Aku apa lagi, harus. Sebab nak tengok sendiri apa yang lain antara rayani ngan others
24. So mujur ada kosong. Then aku pun berjaya join
25. Aku dah sangat teruja. Terus masuk dalam RN600. Pergh, PELANGI, bai. Aku suka. Pasti ko orang pun. Ada yang cakap smarties. Nurse lak cakap juling. Persetan, yang penting aurat pramugarA (dulu spender GAY je, Haha, terjaga kini
26. Then mereka mula bagi free makan. Nice. Tak perlu pilih. Kacang ATAU muffin
27. Nametag RN pun besar. Mudah others nak beri pujian jika mereka give good servis
28. Sampai LGK, pc. Aku patut tanya kat tuan Jaafar pasal why Twitter dia dah non aktif. Sebab Tony popularkan AK dengan guna media SOSIAL. Bukan PERDANA. nanti muflis macam mas. Huhu
29. Then makan. Siap mereka bagi tapau
30. Sebelum cau, Mr ravi berjalan bersama staf RN dah macam filem Tamil lak. Habis, member berkaca mata hitam. Macho lak tuh. Hehe
31. Akhir sekali, Kami pulang balik hari semula ke KUL
32. sampai KUL. Member blogger wa dah ready. Kami sambung maiden flight ke kb pulak
33. Kat sana pun aku masih tak dan tanya md pasal adakah RN di subang
34. Oh, sebelum p kb, aku terserempak ngan cik anis. Beliau pernah urus Kami malindo fam trip ke kch.
35. Kini dia bertugas dengan RN. aku dah saran dia agar ada REUNION buat Kami. Kali ni RAYANI air fam trip ke kk lak 2016
36. Md dah mula SEMAKIN friendly. Belanja kami dinner n give his hp number
37. Aku sempat jumpa cik bella & en rahim. Mereka pun terkejut camner Kami AKHIRNYA join maiden walhal belum lulus. Dah rejeki namanya
38. Ok. Bab2 selesa RN aku tak mau cover lebih2. Sebab meme selesa berbanding AK. legroom. Cuma RN guna pesawat lama. Namun kita perlu ingat, bukan luaran yang penting. Ada bmw baru tapi sebab tak maintain, tersadai kat jalan. Dan jika Mercedes baru pun, jika ditakdirkan crash, masuk gak dalam laut. So doa memang penting BERSAMA usaha. RN siap ucap ALHAMDULILAH once pesawat selamat mendarat
39. Cuma 'artis' hindustan (founder of RN) je, aku tak berani nak minta kad dia. Mana tau ada DUA pistol. Hehe. Apa2 pun, beliau sangat humble. Siap boleh lepak kat kerusi ekonomi berbanding bisnes. Kawan2 aku lak yang takeover. Rezki jangan ditolak. pengarah executive tuh pun ada adik lawa serta anak hawa bijak. Habis, bini beliau pengarah kewangan serta cantik lagi. Untung BENAR pakcik kita nih
40. Oklah, sebelum penutup, marilah sama2 kita sokong syariah. Walau kadang2 ada kelemahan. Aircond tak kuat n etcs. Better daripada hangat neraka. Hah, kan aku dah jadi lebai. Dan jika sometimes tambang dia mahal, kita anggap jelah sebagai sedekah. Agar RN boleh ajak other airline to syariah jugak ONCE Muslim passengers ESPECIALLY beralih kepada RN instead. Sekian. Happy ISLAMIC flying, guys!
*p.s. Semuanya terjadi sebab aku nak pastikan tiada lagi pramugari dibuli sampai kena 'tunjuk' kemaluan MANAKALA penumpang lak dapat beribadah sambil musafir aka holiday dengan wujudnya airline syariah :D
Mudah2an suatu hari nanti kakcik dapat ikut serta. InsyaAllah...
ReplyDeleteIkut serta fam trip. Nama kakcik dalam list
Delete