Kunci mangga di jambatan tanda cinta sejati
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
WROCLAW (Poland): Pada hari Valentine, simbol tradisi yang menjadi lambang cinta seperti cokelat dan bunga mawar tidak kelihatan langsung di jambatan bersejarah Tumski yang merentasi Sungai Oder, di barat Poland.
Lokasi kegemaran pasangan kekasih ini dipenuhi dengan mangga - beribu-ribu dengan pelbagai saiz dan warna yang menjadi lambang cinta sejati di situ.
“Kami melontarkan kunci dan cinta kami akan berkekalan hingga berabad-abad lamanya,” kata Jola, pelajar universiti yang mengunci mangga hari Valentine di jambatan itu bersama teman lelakinya Maciej.
“Jambatan ini menjadi tempat di mana kami mempatrikan cinta kami supaya ia tidak akan lari,” ujar Maciej yang juga pelajar universiti.
Amalan romantik ‘mengunci cinta’ turut dilihat di bandar raya lain di Eropah seperti Paris, Rome, Kiev dan Riga.
Bagaimanapun, amalan itu masih mengejutkan bagi sesetengah orang. - AFP
RE of SA: Level 4 Wisma Chinese Chamber, 258 Jalan Ampang, 50450 KL Telephone: 03 - 4257 9433
mazidulakmal@yahoo.com 019-244 5354 & lppm.abdulaziz@gmail.com 010-235 8785 jika ditipu ejen travel
Tuesday, February 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment