BERNAMA - India Tawar Visa Pelancong e-TV Kepada Rakyat Malaysia Mulai Hari Ini - http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1161826
Menurut kenyataan itu, kemudahan eTV ditawarkan di lapangan terbang di Ahmedabad, Amritsar, Bengaluru, Chennai, Delhi, Gaya, Goa, Jaipur, Kochi, Kolkatta, Lucknow, Mumbai, Hyderabad, Thiruvananthapuram, Thiruchirapalli dan Varanasi.
Mengikut peraturan, sebelum berlepas ke India, pelancong perlu memohon visa eTV dalam talian dan sebaik sahaja mendapat kelulusan, visa itu akan dihantar melalui e-mel.
Pemohon perlu mencetak visa itu dan menunjukkan kepada pihak berkuasa imigresen sebaik tiba di lapangan terbang sebelum pasport mereka dicop.
Visa e-TV sah untuk tempoh 30 hari.