Wednesday, June 5, 2013

tips for AMS di everest = Diamox + Oral Rehydration Salts + Nifedipine ;)

Tiada rawatan khusus tangani AMS

Kuala Lumpur: Pendaki hanya perlu turun ke kawasan yang lebih rendah selain mengambil beberapa jenis ubat khas termasuk bekalan oksigen tambahan untuk membantu pendaki melawan Penyakit Akut Gunung atau Acute Mountain Sickness (AMS).
Ketua Perubatan Everest Felda 2013 Muhamad Aliff Abdullah berkata, tiada rawatan khusus untuk membantu pendaki menangani penyakit itu berikutan dianggap biasa berlaku kepada mereka yang berada di kawasan berketinggian tinggi.

Katanya, semakin tinggi seseorang mampu mendaki, semakin kurang oksigen diperoleh yang boleh menyebabkan seluruh anggota badan menjadi lemah, darah menjadi lebih pekat malah cenderung mengakibatkan jantung gagal berfungsi dengan baik.
“Sebab itu, apabila mengadakan ekspedisi seperti ke Everest, perlu mempunyai pasukan perubatan dan tukang masak khas kerana semua keperluan pendaki harus dijaga mengelak mereka mengalami tekanan yang teruk.

“Dalam kes arwah tak dapat kita rumuskan apa sebenarnya berlaku, namun bersandar pengalaman merawat pendaki wanita termuda, Siti Hanisah Sharuddin, 23, pada ekspedisi lalu, pesakit perlu diberi ubat seperti Diamox yang boleh membantu mengurangkan tekanan dalam badan.

“Selain itu perlu juga dibekalkan dengan minuman Oral Rehydration Salts (ORS) untuk penyembuhan dengan segera selain pil Nifedipine yang mampu menggantikan oksigen biasanya di ketinggian 5,000 meter dari aras laut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas kematian seorang pendaki Ekspedisi Kem Induk Everest (EBC) dan Kala Patthar di Banjaran Himalaya, Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, dipercayai akibat AMS.

No comments:

Post a Comment