Wednesday, June 5, 2013

dulu firefly cakap pun tak takut ngan malindo... tetiba tambang fy lebih murah lak bila od mai

ROUTE AIRASIA X BAWAH 5 JAM:

1. taipei

2. kathmandu

3. delhi

4. Chengdu


LEBIH 5 JAM - 8 JAM LAK:

1. dubai (dulu)

2. australia

3. china

4. japan

5. korea

6. mumbai (2 b continued)


LEBIH 8 JAM - 16 JAM:

1. saudi

2. nz (dulu)

3. paris (pernah)

4. london (now off)


LEBIH 16 JAM (SETAKAT NIH MAS JE MONOPOLI)

1. los angeles

2. buenos aires (dulu)

http://en.wikipedia.org/wiki/AirAsia_X#Destinations


AirAsia positif hadapi pesaing

AirAsia Bhd (AirAsia) tidak gentar dengan rancangan pengembangan agresif oleh pesaingnya, Malindo Air berikutan model perniagaan kedua-dua syarikat penerbangan yang berbeza.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berkata, laluan AirAsia Group merentasi Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Jepun selain mencipta jenama kukuh dalam kalangan syarikat penerbangan kos rendah di seluruh dunia, berikutan capaian jaringannya yang meluas terutama di wilayah ASEAN.

“Tentunya kami akan memantau pesaing kami. Kami mengalu-alukan kehadiran mereka kerana mereka akan menjadikan kami lebih baik,” katanya.
Malindo Air dilaporkan mahu memulakan penerbangan antarabangsanya dengan penerbangan ke India dan Singapura selepas Ogos tahun ini. Di India, Malindo Air dikatakan meninjau untuk terbang ke New Delhi, Cochin dan Trichy dari Kuala Lumpur.

Cochin dan Trichy disebut sebagai laluan India AirAsia yang paling kukuh, sementara laluan New Delhi digugurkan syarikat penerbangan AirAsia X berikutan kos operasi tinggi.

Bagaimanapun, pakar industri membayangkan AirAsia menimbangkan untuk menghidupkan semula laluan New Delhi dan Mumbai yang dibatalkan untuk mewujudkan perhubungan domestik utara yang kukuh untuk AirAsia India yang beroperasi tidak lama lagi.
Aireen berkata, menambah kepada kejayaan jenama kami ialah AirAsia X, AirAsia Expedia, Tune Hotels dan lain-lain entiti yang juga sebahagian daripada kumpulan ini dengan menawarkan pakej perjalanan penuh untuk pelanggan.

Malindo Air adalah usaha sama antara Lion Air dari Indonesia dan NADI (Industri Aero Angkasa dan Pertahanan Kebangsaan) dari Malaysia. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment