Tuesday, June 11, 2013

biasalah... sedangkan lidah lagi tergigit. dulu gaduh n now memahami

Pentingkan faktor keselamatan

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
Sepang: AirAsia Berhad tidak mahu Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) terburu-buru menyiapkan KLIA2 yang kini lewat dari tarikh jangkaan siap sebagaimana yang diumumkan sebelum ini.
Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Aziz Bakar berkata, walaupun pihaknya kecewa dengan kelewatan yang berlaku, namun pada masa sama tidak mahu lapangan terbang berkenaan disiapkan secara kelam-kabut.

“Kami berharap MAHB dan kontraktor dilantik tidak terburu-buru menyiapkan KLIA2 semata-mata untuk memastikannya sekadar siap.
“Sebaliknya, kami mahu faktor keselamatan dan kualiti diutamakan sebelum KLIA2 mula dibuka kepada orang ramai,” katanya selepas pelancaran rekaan paparan mface.com.my pada pesawat Airbus A330 AirAsia di sini, semalam.

Menurutnya, walaupun tidak mendesak lapangan terbang itu disiapkan dalam masa terdekat, namun pihaknya mahu MAHB tampil memberi tarikh jangkaan siap bagi memudahkan kelancaran operasi.

“Kami hanya mahu satu tarikh yang pasti bila ia akan siap sepenuhnya kerana kami perlu bersiap-sedia untuk berpindah ke bangunan yang baru.
Foto
KLIA2 masih dalam pembinaan.
“Dengan jumlah kakitangan mencecah 6,000 orang serta pelbagai peralatan sampingan, ia bukan perkara mudah untuk berpindah kerana kami perlukan masa untuk membuat persediaan sewajarnya,” katanya.

Aziz berkata, kelewatan yang berlaku secara tidak langsung memberi kesan kepada operasi AirAsia khususnya dari aspek pertumbuhan dan pelan pengembangan operasi.
“Kelewatan yang berlaku menyebabkan pelan untuk berkembang terganggu kerana kami perlukan lokasi yang sesuai untuk menampung jumlah penerbangan dan penumpang yang terus bertambah.

“Namun, kami mempunyai beberapa pelan sokongan untuk situasi seperti ini yang antara lain dapat membantu kelancaran operasi buat sementara waktu,” katanya.

Sebelum ini KLIA2 dijadualkan dibuka pada 28 Jun 2013.

No comments:

Post a Comment