Saturday, June 8, 2013

tapi jangan taste tinggi sangatlah... bedal je mana dan tak kira gemuk atau tua janji mashsyuk n later leh cari yang lebih cun so SEMUA win-win. jika mudah TRAVEL, lagi mudah laksanakan ops "gigolo" nih. lol

Bekas pramugara dijel seumur hidup

Shah Alam: Tindakan tiga lelaki, termasuk seorang bekas pramugara yang menculik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat keselamatan dengan meminta tebusan 10 kilogram (kg) emas menerima padah apabila mereka dipenjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas C Rudhra, dan dua lagi tertuduh, warga Nepal, R Roshan, dan T Ramesh mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Abdul Alim dalam penghakimannya berkata, hukuman diberikan terhadap semua tertuduh sebagaimana di dalam peruntukan undang-undang.
“Selain itu, mahkamah juga berpuas hati tiada kecederaan dialami mangsa serta wang tebusan diminta ditemui semula dan dikembalikan kepada keluarga mangsa,” katanya.

Rudhra, 39, Roshan, 32, dan Ramesh, 30, mengaku dengan niat bersama menculik mangsa bagi mendapatkan tebusan 10 kg emas.

Perbuatan itu dilakukan di tepi lorong bahagian tepi kedai makan Laut Pulau Ketam, Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang, jam 11.30, 7 Mac 2010.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (semakan 1989) dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati atau dipenjara seumur hidup dan jika ia tidak dihukum mati, boleh dikenakan sebatan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, jam 9.30 pagi, mangsa didatangi dua lelaki di syarikat miliknya di Persiaran Raja Muda, Pelabuhan Klang, yang berpura-pura bertanya sesuatu kepadanya sebelum direnjat tertuduh dengan pistol elektrik sementara seorang lagi memeluknya dari belakang.

No comments:

Post a Comment