Thursday, June 6, 2013

jenazah = maskargo bukan airasia lak, k? tony cuma pakar bab murah... lol!


klik imej ( http://www.maskargo.com ) di atas

UPDATE: guna bukan KARGO instead 

Jenazah selamat dikebumi

Oleh Siti A'isyah Sukaimi
Sepang: Jenazah Allahyarham Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, pendaki Perbadanan Putrajaya (PPj) yang meninggal dunia dipercayai akibat penyakit akut gunung (AMS) dalam Ekspedisi Kem Induk Everest (EBC) dan Kala Patthar di Banjaran Himalaya, Nepal selamat tiba ke tanah air pada jam 7.15 malam tadi.
Jenazah yang turut diiringi dua pendaki lain iaitu Muhammad Fauzan Hassan dan Mohamad Sujairi Ishak diterbangkan dari Kathmandu, Nepal ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH171. 
Ketibaan jenazah disambut Naib Presiden Kanan PPj Datuk Muhamad Haitamin Ishak serta ahli keluarga mangsa.

Jenazah dibawa menaiki van jenazah yang diiringi polis dan terus ke Surau An-Nur, Tanjung Syawal, Sungai Pinang untuk disembahyangkan serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Belah, Klang.
Foto
JENAZAH Mohamad Shahrulnizam dibawa keluar dengan van jenazah daripada kargo KLIA.

Akhbar melaporkan, Mohamad Shahrulnizam, 25, seorang daripada 14 kakitangan PPj terdiri daripada 11 lelaki dan tiga wanita mewakili Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan PPj (KRISputra) meninggal dunia akibat AMS, Isnin lalu.


No comments:

Post a Comment