klik imej (wa ada ngidam nak bawak lari satu dua minah omputih turki) di bawah
Pelancongan tak terjejas
Istanbul: Turki, sebuah negara Islam yang menghubungkan Eropah dan Asia mempunyai industri pelancongan yang berkembang maju, berasaskan kepada kawasan sejarah purba, bandar raya bertaraf dunia di Istanbul dan pantai Meditteranean yang cantik dan menakjubkan.
Negara itu menarik lebih 37.7 juta pelancong pada 2012, menurut Kementerian kebudayaan dan Pelancongan. Negara itu adalah antara 10 destinasi pelancong paling popular di dunia.
Lebih 5,2 juta pengunjung tiba di negara itu setakat ini tahun ini, peningkatan hampir 14 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Kira-kira 378,000 rakyat Amerika Syarikat melawat negara itu pada 2011, menurut Jabatan Perdagangan negara itu.
Walaupun penunjuk perasaan dan polis antirusuhan bertempur di Istanbul, Ankara dan beberapa bandar raya sepanjang seminggu lalu, muzium, monumen serta kawasan bersejarah yang menggamit pelancong tetap dibuka.
Basaran Ulusoy, Ketua Persatuan Agensi Pelancongan Turki (TURSAB) mengaku wujud pembatalan atau penundaan kunjungan sejak tunjuk perasaan bermula minggu lalu tetapi tidak dapat memberi angka sebenar.
“Kami berusaha mengubah pembatalan menjadi penundaan,” kata Ulusoy kepada stesen televisyen perdagangan negara itu, CNBC-e. Istanbul yang terletak di sepanjang Selat Bosporus begitu terkenal dengan tarikan pelancongan sehinggakan sukar di mana untuk bermula - Hagia Sophia, Masjid Biru, Istana Topkapi dan tempat mandi wap awam yang terkenal. Tarikan utama pelancong di Istanbul itu terletak tidak jauh, kira-kira 30 minit dari Dataran Taksim dan Beskitas, tempat kebanyakan keganasan meletus. Tetapi, masih ramai pelancong masih berbaris di pintu masuk di tempat tumpuan pelancong itu. - Reuters
No comments:
Post a Comment